Sunday, November 20, 2011

Cinta Hampeh


Semenjak aku tinggal di Universiti ini, aku dapat rasakan betapa sunyinya aku. Tiada teman yang begitu memahami aku. Ada teman lelaki pun macam ‘hampeh’. Sesuka dia je nak buat apa. Macam aku ni teman sunyi dia je. Bila ada kawan-kawan dia, aku macam tunggul mati. Sampai bilalah aku nak jadi macam ni. Rasa macam tak guna betul.

“Zam, hari ni leh temankan aku pegi pekan boleh tak? bosanlah duduk kat kolej je.”

“Ooo…bosan je baru kau nak jumpa aku, ajak aku. Tak patut punya girlfriend. Cam hampeh je.” Kata Zam sambil duduk diatas motosikal kesayangannya.

Setiap kali berjumpa dengan Zam, tiada benda lain yang lebih menarik dari berperang mulut. Perkataan ‘hampeh’lah yang sering terkeluar dari mulut Zamharil Haikal. Sampai bilalah Aku dengan mamat ni nak jadi macam ni. Sampai ke kami ni ke jinjang pelamin? Itulah yang sering aku fikirkan.

“Kalau tak nak temankan sudah, aku ajak fikri jelah.” Kata Fina sambil menjeling kearah buah hati pengarang jantungnya itu. Dan jelas kelihatan perubahan yang amat ketara sekali. Dia sendiri tahu bertapa cemburu Zam dengan Fikri. Fikri merupakan orang yang amat aku minati dan juga teman rapat Zam juga. Biarpun aku hanya sebagai adik dimata Fikri, tanggapan Zam tetap sama. Biar apapun yang berlaku dia tidak sesekali benarkan aku keluar bersama dengan Fikri. Aku tersenyum sendiri melihat wajah garang Zam. Memang macam orang nak makan orang.

“Tak payah nak ajak orang. Buat apa nak susahkan orang? Jam berapa nak pergi?” Kata Zam.

“Emmm, tak susah pun. Kalau ajak Fikri mesti dia ok je. Tak macam kau asyik dengan ‘hampeh’ dia je.” Kata-kata Fina semakin mengapi-apikan lagi hati Zam.

“Ok fine. Nak pegi sangat dengan dia la tu. Pegi la. Lepas ni tak payah cakap lagi dengan aku. Tak payah lagi ajak aku. Terus je pergi dengan dia.” Kata Zam. Marahnya bukan kepalang lagi. Dan jelas sekali kemarahannya tidak dapat dikawal lagi. Kelihatan Fina juga terkejut dengan jawapan Zam. Namun Fina tahu kenyataannya, Zam amat menyayanginya. Dan jelas sekali kata-kata itu menunjukkan dia amat cemburu dengan sesiapa sahaja yang rapat dengannya. Pantas dia memukul lengan Zam dengan buku-buku yang dipegangnya dari tadi.

“Marah Nampak? Takkan cemburu kot.” Tegur fina melihat wajah Zam yang kemerahan menahan marah.

“Tak marah pun. Geram je. Buat apa aku nak Cemburu. Buang masa je.” Jelas Zam.

Inilah yang amat aku menyampah dengan perangai Zam yang terlalu Ego. Susah nak mengaku perasaannya sendiri. Tapi tengoklah berapa lama dia boleh tahan.

“Betul ni. Ok.” Kata Fina lalu mencapai telepon bimbitnya.

“Assalammualaikum, Fikri boleh temankan Fina pergi pekan tak hari ni.” Soal Fina menahan senyumannya.

Pantas sahaja tangan Zam menarik telefon bimbit Fina dan terus dimatikan talian itu. Sememangnya dia semakin angin dengan perangai Fina yang sering Menguji tahap kesabarannya.

“Kau ni sengaja menguji tahap kesabaran akukan. Jangan menggatal nak keluar dengan Fikri tu. Bukan aku tak kenal siapa girlfriend aku ni. Silap hari bulan kau sapu si Fikri tu. Dah la si Fikri tu lemah lembut orangnya, tak cepat melenting macam aku ni. Kau padan dengan aku je, kalau dengan si Fikri tu comfirm 2 jam je kau tahan. Kiranya kau bertuahlah dapat aku.”

Giliran Zam pula mengenakan Fina. Dia sendiri tahu perangai Fikri. Sememangnya ramai yang akan jatuh cinta dengan gaya si Fikri. Hakikatnya Fikri adalah teman rapatnya yang paling memahaminya. Dalam diam juga dia tahu Fikri juga menaruh hati pada Fina. Biarpun Fina sendiri tidak mengetahui hakikat itu. Biarlah dia sahaja yang mengetahui hakikat itu. Dia pula tersenyum panjang melihat wajah merah Fina.

“Nak buat apa sebenarnya pergi Pekan itu?” Soal Zam mengubah topik perbualan mereka.

“Nak pergi jumpa doktor sakit puan. Asyik muntah-muntah je 2-3 hari ni.” Gurau Fina. Hakikatnya dia ingin pergi buat medical check up yang diarah oleh pihak University. Tetapi dia malas nak bercerita dengan Zam, dia pasti mesti Zam seperti seorang ayah yang risaukan anaknya.

“Bergurau pulak dia. Orang tanya betul-betul ni. Cuba cakap kat aku kau nak buat apa sebenarnya.” Zam dapat membaca ligat otak Fina yang ingin menyembunyikan sesuatu darinya.

“Nak pergi jumpa doktor je la. Saja nak check up kesihatan. Dapat gak jumpa doktor handsome tu.” Kata Fina lagi. Sengaja menyakitkan hati Zam.

“La, ingatkan apa. Dengan aku pun kau boleh check kesihatan. Meh aku checkkan.” Kata Zam sambil menghampiri aku.

“Kau jangan Zam. Aku terajang kau baru tahu.”

Zam hanya tersenyum melihat gelagat Fina yang melindungi dirinya dari disentuh walau dipegang tangannya pun dia marah. Itulah yang membuatkan Zam amat menghormati Fina. Amat rapi penjagaannya. Teringat dia kata-kata Fina sewaktu mula-mula mereka keluar bersama.

‘kalau awak nak ‘berkawan’ dengan saya awak kena patuh dan tidak melebihi batasan Islam. Sebab kita ni sama-sama Islam. So, ingat tu. Lagipun bukan saya tak tahu perangai awak macam mana. Kalau awak boleh patuh dengan syarat tu baru kita boleh berkawan. Setuju??’

“Zam, kenapa ni” Tegur Fikri.

Tindakannya terus terbantut. Kelihatan Fina berdiri di belakang Fikri memandangnya pelik. Dia tersenyum sinis memandang kearah Fikri yang kelihatan seperti Hero selamatkan Heroin dari Penjahat. Penjahat?? Akulah penjahat itu. Hampeh. Aku hero bukan penjahat.

“Aku bergurau je dengan Fina ni. Dia je over acting. Aku main-main je. Takkanlah aku nak buat bukan-bukan kat sini. Nak mati ke apa?” katanya sambil tersenyum, namun senyumannya kelihatan sedikitpun tidak mencerminkan dia gembira atau suka. Hakikatnya dia terkilan dengan kehadiran Fikri. Kenapalah setiap kali dia berjumpa dengan Fina mesti mamat sorang ni muncul depan matanya.

“Apa kau buat kat sini?” soal Zam kepada Fikri. Ada aura cemburu melihat Fina lebih senang dengan temannya itu.

“Hai...takkanlah aku kena diam dalam bilik je. Kau sendiripun tahu aku selalu lepak kat sini lepas makan tengahari.” Jawab Fikri selamba.

“Apa kata korang berdua temankan aku pergi pekan ya.” Cadang Fina. Dan cadangan itu membuatkan Zam hampa. Tak dapatlah dia berjalan berdua-duaan dengan Fina.

“Tak apa ke? Tak mengganggu korang nak berdating ke?” Soal Fikri menjeling kearah Zam yang berwajah selamba.

“Tak adalah. Mana ada kami nak pergi Dating, nak pergi klinik je. Lepas tu kalau nak balikpun aku tak kisah.” Jelas Fina.

“Siapa yang sakit? Fina ok ke?” Soal Fikri kerisauan.

Fina hanya mengelengkan kepalanya. Malas dia melayan Fikri lebih-lebih. ‘Lembaga’ di belakangnya bagaikan berapi-api memandang kearahnya. Dia tahu Zam memang pantang orang lain lebih take care pasal aku lebih darinya. Mereka pun beredar bersama-sama. Sampai sahaja di Klinik swasta tu Fina meninggalkan mereka seketika. Dia tidak mahu kedua-duanya mengikutnya. Dia hanya tersenyum bila Zam mengenyitkan matanya. Pasti Zam suka bila aku menolak pelawaan Fikri yang ingin menemani aku. Sedangkan teman lelakinya sendiripun tidak diizinkan inikan pula Fikri. Dia tidak mahu apa yang bakal diketahui nanti diketahui mereka berdua.

Lebih dari 3 jam mereka menanti di kereta. Hampir 10 kali Zam dan Fikri ronda kawasan itu kerana terlalu lama dan kepanasan di dalam kereta. Zam menelefon aku. Dia memberi masa sepuluh minit lagi jikalau aku masih lagi tak keluar dia akan masuk dalam klinik itu. Fina memberi alasan bahawa doktor tersebut terlalu banyak temu janji. So, dia terpaksa menunggu. Fina menyuruh Zam pulang terlebih dahulu, namun dimarah pula. Dia tahu Zam mula risau akan dirinya.

“Kenapa lama sangat ni, Fina?”

“Dah keluar la ni. Zam kat mana.”

Tidak sampai 10 minit Zam dan Fikri sudah terpacak di hadapannya. Pada mulanya dia ingin marah dengan kelambatan Fina. Tapi bila memandang wajah gadis itu yang sedikit pucat terus pudar kemarahannya. Hatinya tertanya-tanya, apakah yang dirahsiakan oleh gadis dihadapannya.

“Kenapa muka pucat je ni?” tegur Fikri.

“Pening kepala hidu bau ubat kat dalam tadi. Tak tahan nak pengsan dah ni.”

Badannya bagaikan lemah ingin layu. Tetapi tubuhnya disambut tangan sasa Zam. Dia kembali berdiri tegak. Menahan dirinya. Mendengar berita tadi sememangnya membuatkan tubuhnya terasa ringan. Tanpa bersuara Zam memimpin Fina ke kereta. Fikri yang memandang dari tadi hanya menggelengkan kepala melihat respon Fina apabila dipimpin oleh Zam. Dia tahu Fina tidak mahu dirinya dianggap lemah.

“Kalau tak pimpin nanti pengsan, kena dukung pulak. Mana kau nak?” Tegas Zam.

Akhirnya Fina redha dengan keadaannya yang darurat itu. Sememangnya kata-kata Zam ada betulnya. Dia malu dengan Fikri yang dari tadi mendiamkan diri. Dia merasakan dirinya sudah menyusahkan kedua-dua anak muda itu. Dia tak sanggup untuk menyatakan hakikat yang sebenarnya kepada kedua-duanya.

2 minggu kemudian,

Aku dapat rasakan perbezaan Zam sekarang, yang seolah-olah menjauhkan dirinya dengan aku. Aku sendiri tak tahu apa yang telah berlaku antara kami. Sejak beberapa hari selepas pulang dari klinik dulu dia macam marah dengan aku. Tapi yang susahnya dia takkan cakap apa masalahnya. Dia selalu cakap benda-benda mengarut dengan aku. Dia pernah menyuarakan hasratnya yang ingin mengahwini aku. Tapi aku tolak lembut. Bukan kerana tidak suka tetapi aku sedar hakikat yang tiada siapapun tahu. Semua itu adalah mustahil. Sejak itu, dia semakin jauh dari aku. Aku amat merindui Zamharil Haikal yang dulu, yang ‘hampeh’.

“Zam, kenapa sejak akhir-akhir ni aku tengok kau macam jauhkan diri dari aku. Aku ada buat salah ke dengan kau.”

“Aku yang salah. Aku tak cukup baik untuk kau.” Luahan hatinya sukar diterima oleh Fina.

Terkedu Fina mendengar kenyataan itu keluar dari mulut orang yang selama ini dirasakan teramatlah ego. Tapi kenapa tetiba sahaja dia buat pengakuan macam ni. Adakah dia nak mintak putus dengan aku? Tidak. Tapi mungkin ini yang baik untuk aku.

“Kau dah ada orang lain? Kau nak mintak putus dengan aku?” teka Fina.

Namun tekaannya meleset sama sekali. Mustahil untuk Zam ada orang lain. Terlalu pantas untuk dia ada yang lain.

“Kau nak aku ada orang lain? Kau nak aku seksa anak dara orang ke? Hakikatnya kau sendiri tau. Jangan sesekali kau buat aku macam aku ni langsung tak ada kepentingannya dalam hidup kau Fina. Aku tahu kau ada rahsiakan sesuatu dari aku. Mungkin aku dah tak penting dalam hidup kau. Sepanjang kita bersama, tak pernah sekalipun kau ucap kata sayang pada aku. Adakah aku tak pernah bererti langsung buat kau? Cakap pada aku Fina. Jangan siksa aku. Aku bagai nak gila kau buat. Aku jugak ada hati dan perasaan, Fina.” Tegas Zam.

Air mata Fina gugur tiba-tiba. Dia sendiri tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Biarlah Zam tahu hakikat sebenarnya. Apa nak jadi biarlah Tuhan yang menentukannya. Fina redha dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. Fina menarik nafas panjang. Dia menceritakan segalanya kepada Zam. Perkara ini tidak sepatutnya dirahsiakan dari Zam. Dia amat mengenali hati budi lelaki di hadapannya itu.

“Puas hati kau. Itulah jawapan bagi semua persoalan kau selama ni. Sesedih manapun kau, dan sedalam mana luka hati kau, pedih lagi hati aku, Zam. Semua yang aku idamkan, impikan tidak akan menjadi kenyataan. Antara kau dengan aku juga mustahil. Apakah kau rasa apa yang aku rasai sekarang ni ,Zam.” Jelas Fina. Air matanya bagaikan air terjun yang tiada berkesudahan.

Mendengar penjelasan Fina itu, membuatkan hati keras lelakinya cair bak ais batu yang dibakar. Hatinya sungguh sebal dan hancur. Gadis yang selama ini dicintai sedang berperang dengan penyakit yang amat sukar diubati.

“Dari mula lagi aku takut nak lafazkan kata cinta aku pada kau. Kita sudah terlalu lama berkawan, Zam, aku dah terlalu sayangkan kau. Sebelum kau sayangkan aku lagi, sebelum kau ucapkan kata cinta dan sayang dengan aku. Dulu aku ingat penyakit aku ni dah hilang. Tapi mungkin dulu dia bagi peluang pada aku untuk merasai macam mana perasaan bercinta. Dan aku gembira selama bersama dengan kau. Tapi semuanya hanya setakat disini sahaja Zam. Lepas ini anggaplah aku hanya mimpi ngeri buat kau. Selamat tinggal Zam. Selamat tinggal.”

“Kau masih tak cukup mengenali aku, Fina. Otak kau macam hampeh kau tahu tak!!!. Walau apapun yang berlaku aku takkan sesekali undur diri. Kaulah cinta pertama dan terakhir aku. Itu sahaja yang kau perlu ingat. Jangan kau ingat orang yang sakit sahaja boleh mati dulu. Aku yang sihat walafiat ni pun boleh mati, kalau ajal dah sampai.” Kata-kata Zam membuatkan langkah yang pantas berlalu tadi terhenti di pertengahan jalan.

“Kau tu yang hampeh, apa cakap pasal mati ni. Aku yang nak mati, bukan kau.” Jelas Fina. Mereka tersenyum. Senyum dalam tangisan. Aku tahu hanya Zamhazril Haikal sahaja lelaki yang aku cintai. Biarpun dia bukanlah cinta pertama aku, tapi yang pasti dialah yang terbaik buat aku, biarpun ‘hampeh’.

Semuanya berlalu begitu sahaja. Biarpun keadaannya semakin tidak mengizinkan namun dia terus cekal melawan penyakitnya itu, demi lelaki yang bernama Zamhazril Haikal. Setiap kali penyakitnya menyerang dia hanya tersenyum. Dia tidak mahu lelaki itu melihat keadaannya itu. Fikri juga sedia maklum dengan penyakit Fina. Fina juga tahu lelaki tersebut amat risau akan melihat keadaannya menahan sakit. Kesakitan sering kali datang sejak akhir-akhir ini. Beberapa kali hidungnya mengalami pendarahan yang membuatkan dia pengsan sendirian didalam tandas.

“Zam, kalau aku dah tak ada, boleh tak kau buat something untuk aku?” kata Fina lemah.

“Kau cakap apa ni. Ni la yang aku malas ni. Suka sangat dia buat ayat cam hampeh tu. boleh tak kalau cakap benda-benda yang sedap didengar.” Sebal hati Zam mendengar kata-kata Fina. Dia tidak sanggup melihat wajah gadis itu yang semakin pucat. Wajah itu terlalu bersih dan berseri. Dia terlalu takut untuk kehilangan gadis idamannya itu.

“Please la Zam. Janji dengan aku. Sekali ni je.” Rayu Fina.

Melihat wajah sayu wanita itu, lalu dia mengganggukkan kepalanya perlahan. Sukar untuknya menghancurkan kehendak wanita itu. Hatinya benar-benar sayu. Perasaan lelakinya tersentuh. Keegoaannya luntur mendengar suara lunak Fina yang separa merayu.

“Kau sendiri tahu yang aku teringin sangat nak pakai pakaian pengantin. Kau ingatkan time kita pergi pekan dulu. Biarpun kita tak dapat bersama, tapi aku nak sangat bergambar dengan kau pakai pakaian pengantin tu. Mesti cantik. Boleh tak?” Pinta Fina.

Zam hanya menggangukkan kepalanya. dia sendiri mengimpikan persandingan itu. Sejak akhir-akhir ini Fina sering membuatkan hatinya tersentuh. Ingin sahaja dia memekik melolong menyalahkan takdir. Namun perkara itu membuatkan dia seperti orang yang tiada iman. Kini, dia pasrah denagn apa yang berlaku. Apa yang boleh dibuat hanyalah berdoa.

Dalam perjalanan menuju ke pekan Fina sering mengutarakan persoalan yang begitu sensitif bagi Zam. Dan buat kali pertamanya Fina kelihatan serius apabila bertanya, tiada lagi gelak tawa dan senda guraunya.

“Apa yang buat kau jatuh hati kat aku ya?” Soal Fina.

“Aku sendiri tak tahu. Jawapan dia ada pada kau sendiri.” Itu sahaja yang dapat diucapkan oleh Zam. Fina hanya tersenyum mendengar jawapan dari Zam.

“Minggu depan cuti 3 hari. Apa kata kita pergi perkhemahan. Kat taman negara. Dah lama aku nak pergi, takut tunggu-tunggu nanti tak berkesempatan pulak.” Cadang Fina.

Zam hanya diam sepanjang perjalanan. Hanya Fina yang bersuara. Sehinggalah sampai ke destinasi mereka. Tanpa membuat banyak pilihan Fina terus memilih gaun idamannya dan sepasang tuxedo putih untuk Zam. Selesai bersiap mereka pun keluar. Terpandang sahaja wajah Fina selepas didandan membuatkan Zam sedikit terpegun. Tapi hakikatnya seri itu tidak lama. Wajah pucat Fina jelas kelihatan biarpun berselindung dengan make up yang tebal. Zam hanya tersenyum memandang wajah Fina yang tersenyum gembira dengan gaun idamannya itu. Sesama sesi bergambar Zam tiba-tiba mengutarakan lamarannya kepada Fina. Sekilas itu juga air mata Fina menitis. Zam sememang mencari masa yang tepat. Fina terasa amat gembira mendengarnya, namun semua itu mustahil bagi aku, Zam. Maafkan aku.

‘Sepanjang perjalanan pulang ke kolej Zam hanya diam membisu. Mungkin terasa hati bila lamarannya ditolak. Biarpun itu yang aku harapkan tapi bagi aku lebih melukakan Zam. Biarlah Zam mencari kebahagiaannya sendiri. Aku tak mahu orang yang aku sayangi terluka. Biarlah aku yang terluka jangan, Zam’.

Aku terasa bosan tak terhingga bila Zam langsung tidak mengindahkan aku lagi. Hanya Fikri yang sering menemani aku 2-3 hari ni. Aku menyesal kerana tidak menghargai perngorbanan Zam. Zam terlalu ikhlas dengan aku, Cuma aku yang tidak dapat menerima keihklasannya itu.

“Fik, sampai bila agaknya marah Zam nak hilang. Agaknya kalau aku masuk hospitalpun dia tak nak datang. Aku rindu ayat hampeh dia tu. Sekarang dia dah lain. Tak macam dulu. Aku dah tak ada sapa-sapa lagi dalam dunia ni. Aku ada dia dengan kau je. Kalau boleh time aku mati nanti aku nak korang ada kat sisi aku.” Kata Fina sebak. Kelainan layanan Zam membuatkan aku terasa amat sedih.

“Janganlah cakap macam tu. saya tak boleh tengok awak sedih macam ni. Beruntung Zam sebab dapat awak. Alangkah bagus jika saya yang awak cintai.” Fina hanya tersenyum. Terkenang peristiwa lama dulu. Dia sendiri pelik macam mana dia boleh jatuh cinta pada budak hampeh tu.

Sedang asyik berbual tiba-tiba kepala terasa pusing. Terasa seperti batu besar menimpa kepalanya, tapi dia masih tahan. Dan berpura tersenyum dengan Fikri. Fikri juga sedar perubahan wajah Fina.

“Bagi saya, Zam malang kerana dapat kekasih yang berpenyakit macam saya ni. Alangkah bagus kalau kami tak pernah berjumpa dulu.” Kata Fina dalam menahan kesakitannya.

Tanpa disedari Zam berada tepat di belakangnya. Air mata lelakinya jatuh berderai. Zam terguris mendengar kata-kata Fina.

“Alangkah bagus kalau kami tak pernah berjumpa dulu. Indah sungguh ayat kau, Fina.” Fina terkejut dengan kehadiran Zam. Dia sedikitpun tidak berniat untuk menyakiti hati Zam. Jauh di sudut hatinya, dia ingin selalu di sisi Zam.

“Zam, jangan salah faham. Fina tak bermasud macam tu. Fina Cuma...” Fina tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya. Dia terkulai ke tanah. Zam yang ingin beredar dari situ terpana melihat gadis sanjungannya terkulai di kakinya. Pantas dia meraih tubuh itu dari pangkuan Fikri yang sempat menyambar tubuh itu dari jatuh ke lantai. Tubuh itu kaku. Tubuh itu sejuk bagaikan mayat. Zam menyesal dengan kelakuannya sendiri.

“Fina, maafkan Zam.”

Sampai sahaja di hospital, kedua-dua lelaki itu bagaikan cacing kepanasan. Kedua-duanya takut kehilangan wanita yang amat mereka sayangi.

Setelah 2 jam berlalu, doktor pun keluar dengan wajah yang suram. Doktor tersebut menepuk bahu Zam. Fikri tersandar ke dinding. Tindakan doktor amat mudah untuk mereka tafsirkan apa yang berlaku. Zam meraup wajahnya keras. Lemah kepala lututnya.

“Kami dah lakukan yang terbaik, selebihnya berdoalah. Agar dia dapat bertahan.” Doktor itu berlalu meninggalkan mereka untuk bertenang. Zam dan Fikri saling berpandang.

Keesokan harinya, mereka membawa Fina keluar. Bertapa malangnya gadis ini, wajah sungguh ceria melihat kehadiran dua orang temannya. Dia sedikitpun tidak menyalahkan takdir. Sungguh cekal hatinya. Dalam perjalanan menuju ke taman negara tiba-tiba Zam bersuara. Sukar untuknya melihat gadis itu melakukan aktiviti lasak dalam keadaannya yang tidak mengizinkan. Fina hanya tersenyum, dia sedar akan kerisauan lelaki itu. Fikri pula hanya mendiamkan diri. Biarpun dia tahu Fikri juga risau akan dirinya. Tapi lelaki lebih senang berdiamkan diri.

“Zam, Fina ok la. Kalau setakat hutan kat taman negara ni, tak ada masalah. Lagipun bukan dah nak ma..”

“Fina..stop it” Fina menekup mulutnya. Dia tersenyum memandang Zam. Zam meraup rambutnya yang menyapu dahi. Menahan perasaannya dengan kerenah Fina seakan anak kecil. Akhirnya dia akur dengan kehendak Fina.

“Wah..berjaya juga siapkan khemah ni. Best juga. Tapi penatnya....” Fina pemicit dahinya. Zam memandangnya kerisauan.

“Kau duduk boleh tak? Ni kerja lelaki. Biarlah aku dengan Fikri je yang buat.” Marah Zam. Fina menarik muka masam, dia kecil hati dengan kata-kata Zam. Lalu berlari memasuki hutan. Zam hanya menarik muka. Fikri yang mengejar Fina. Zam betul-betul sebal dengan tindakannya sendiri. Ini semua kerana kerisauannya yang melampau.

“Fina, Zam cuma risau dengan awak.” Fikri cuba menenangkan gadis itu.

“Tapi janganlah layan Fina macam budak tadika. Fina tahu macam mana nak jaga diri sendiri.” Tegas Fina.

“Fikri, boleh tinggalkan aku dengan dia sekejap.” Pinta Zam sambil mendekati gadis pujaannya itu. Fikri tersenyum sambil menepuk bahu temannya perlahan. Dia sedar sejauh mana kemarahan temannya itu. Semuanya kerana gadis yang dicintai.

Lama Zam membisu, matanya sedikitpun tidak lepas dari memandang gadis dihadapannya itu. Sejujurnya, Zam telalu menyayangi Fina dan tidak mahu gadis itu meninggalkan dirinya. Terlalu banyak impian yang masih lagi tidak dilaksananya lagi. Baginya perjalanan hidup mereka baru sahaja bermula. Semua yang terjadi terlalu pantas bagi dirinya.

“Fina, Fina tahukan yang Zam sayangkan Fina macam mana. Fina seharusnya faham dengan perangai Zam. Dah hampir 3 tahun kita kenal. Itu cukup membuatkan Zam terlalu menyayangi Fina. Zam pun tak nak kehilangan Fina.” Jelas Zam.

“Zam, Fina tak mahu hidup dengan simpati macam ni. Fina nak hidup macam orang biasa. Zam dah buat Fina rasa hidup Fina ni hanya menyusahkan orang. Dulu keluarga Fina, sekarang Zam, kawan Fina...Fina tak nak gara-gara Fina sakit semua orang susah hati.” Tangisan Fina tidak dapat dibendung lagi. Airmatanya laju membanjiri pipinya. Sesekali air mata itu disapu dengan tangannya itu.

Zam memandang Fina dengan penuh rasa sayang. Mahu sahaja dia mendakap gadis itu agar dapat mengurangkan sedu sedan itu. Hatinya terasa sakit tatkala melihat gadisnya itu berair mata. Sungguh terseksa baginya menghadapi semua itu.

“Baiklah. Lepas ni Zam takkan control Fina seperti mana yang Fina mahukan. But take care yuor body. Don’t make me worry again. Promise?!” Fina tersenyum sambil mengelap pantas air matanya itu.

Kesihatan Fina makin memburuk, dia sering kali pengsan dan muntah-muntah. Ada juga teman-teman yang mengatakan dia mengandung kerana tidak mengetahui perkara sebenar. Petang itu Fina pengsan tidak sedar-sedarkan diri. Dia telah jatuh dari tangga perpustakaan sehinggakan kepalanya terhantuk kuat di lantai. Mendengar perkhabaran itu kelam kabut Zamharil dan Fikri mendapatkan Fina yang telah dibawa ke hospital.

Fikri telah menghubungi pihak kolej supaya keadaan tersebut dimaklumkan segera kepada keluarga Fina. Pada malam itu, barulah ayah, ibu serta abang Fina muncul di hospital. Melihat keadaan Fina yang masih lagi tidak sedarkan diri membuatkan keluarganya terpaksa bermalam disitu.

“Terima kasihlah sebab jaga anak mak cik. Mesti anak ni dah penat menanti dia seharian disini. Pergilah balik berehat. Ya.” Fikri yang juga masih berada disitu menepuk bahu kawannya itu. Tanda setuju dengan kata-kata mak cik itu.

“Esok kita datang balik. Dia takkan apa-apa. Jangan risau. Okay.” Pujuk Fikri. Namun Zam masih membisu memandang lesu wajah gadis itu. Seakan tidak mahu berpisah walau sedetikpun.

“Baliklah Zam. Abang akan contact Zam, kalau Fina dah sedar nanti.” Kata Sufian, abang kepada Fina. Dia terharu dengan kesungguhan lelaki itu terhadap adiknya itu. Jelas diwajah Zamharil yang amat menyintai gadis yang sudah terbaring tanpa suara lagi. Air mata yang mula keluar dikesat kasar. Dia tidak mahu menangis. Baginya itu suatu dugaan bagi dirinya. Dia yakin Fina akan sembuh seperti sedia kala.

Keesokkan harinya Zam telah mendapat kebenaran pensyarahnya untuk melawat Fina. Dia mahu berada di samping Fina sepanjang masa.

“Hai, awal datang rindu kat Finalah tu.” Terbayang-bayang lagi teguran Fina saat mereka berjumpa. Gadis itu selalu membuatkan dirinya tersenyum dengan usikkan manjanya itu.

Kini gadis itu tidak lagi mengusik dirinya mahupun tersenyum nakal kepadanya. Dia bagaikan mayat hidup. Biarpun dia masih lagi bernafas tapi dia tidak lagi mampu bersuara mahupun bergurau senda. Zam mula merindu gadisnya itu. Dia berdoa didalam hati agar Fina akan sembuh dari penyakitnya.

Dia tangannya kini terdapat sepasang cincin emas putih yang sudah lama dibelinya. Di dalam gelung cincin itu terukir nama ‘Fina & Zam’. Kotak cincin itu disematkan pada tangan Fina. Sudah hampir 2 minggu Fina terlantar begitu. Tiada sebarang perubahan mahupun pergerakan yang menampakkan dirinya bakal sedar.

“Fina, mungkin orang lain akan anggap aku gila tapi itulah yang sebenarnya. Aku terlalu menyayangi kau Fina. Izinkan aku memikili kau. Biarpun hanya seketika. Sesungguhnya hanya kau penghibur dan peneman hidup aku selama ini. Tanpa kau aku rasa kosong. Biarpun keluarga aku kaya tapi aku tidak merasakan kewujudan aku penting dalam hidup mereka. Hanya kau yang menghargai diri aku. Biarpun layanan aku terhadap kau selalu hampeh!! But seriously, I love you very much. Kau perlu kuat melawan penyakit ni. Kau masih lagi mempunyai keluarga yang menyayangi kau. Dan yang paling penting kau ada boyfriend yang hampeh macam aku.”

Fina mula menggerakkan jari jemarinya. Seakan mendengari setiap luahan yang dibuat oleh Zamharil itu. Namun pergerakan itu tidak dilihat oleh Zam. Tiba-tiba abang Fina mendekatinya dan menepuk perlahan bahunya.

Zam dan Fikri telahpun tamat pengajian. Masing-masing telah memiliki kerjayanya sendiri. Fikri telah menemui seorang wanita yang sudah mengikat hatinya. Zam tidak sangka gadis pilihan Fikri seorang yang bengis dan garang. Habislah temannya itu jadi tempat untuk wanita itu melepaskan geram. Biarpun dimarah Fikri hanya tersenyum memandang wajah gadis pilihannya itu. Zamharil pula meneruskan hidupnya seperti biasa. Dia telah menjadi seorang yang sememangnya gila dengan kerja. Pagi petang siang malam sentiasa dengan kerja. Sehinggakan suatu hari dia diterjah....

“Memang hampeh punya suami. Orang kat rumah mati kelaparan tunggu dia. Dia pulak kerja macam tak ada anak bini dekat rumah itu. Balikkk!!!” Fina yang datang dengan membawa perutnya yang hampir meletup itu mula menyinga melihat suaminya yang asyik mengadap skrin komputernya.

‘Hai, nasib badanlah. Dah berkawan pulak dengan isteri Fikri habis dengan perangai singa sekali dia ikut. Mesti ini masalah pembawakan budak. Redha sahaja la.’ Gusar hati Zamharil sambil melangkah mendapatkan isterinya itu. Pipi isterinya dicium seketika. Tangannya mengusap kandungan perut isterinya itu. Buah hati pengarang jantung. Dah macam kes queen control pulak. Sayang punya pasal sanggup. Biar seperti apapun kelakuan isterinya itu, dia tetap berasa bahagia. Happy ending.

*Siapa kata cinta monyet tak boleh jadi cinta sejati. Haa...ni buktinya. Memang rekaan tapi ada kenyataan. Mungkin ada tambahan sekadar memberi rencah dalam kehidupan. Sekian.