Wednesday, November 16, 2011

Dia Untukku - Bab 2

Mungkin kerana beza jam di Indonesia cuma 1 jam, aktiviti harian Maira terasa seperti biasa. Tiada apa yang dirasakan ganjil. Masakan juga sudah menjadi resepi harian mama dahulu. Maira selalu makan nasi lemak dan nasi kerabu buatan mama. Sememangnya itu makanan kesukaan Maira. Bagai masih terasa lagi bauan dan aroma masakan mama. Rindu pun terasa mula bertandang. Pantas Maira berpaling kearah tasik buatan yang terletak tidak jauh dari bangunan berkembar KLCC. Pelbagai golongan yang datang bertandang di sekitar kawasan itu, melihat anak-anak muda lebih kurang sebaya dengannya asyik berborak dengan teman-teman sebaya mengingatkan dia pada kawan-kawan yang sekuliah dengannya dahulu. Ada juga beberapa pelajar dari Malaysia yang dikenali, namun mungkin terlalu jauh untuk dijejaki. Maira mengambil tempat duduk yang bertentangan dengan pintu masuk KLCC. Lenguh kakinya berjalan mengelilingi KLCC. Matanya kini mencari kelibat mak cik Melda yang hilang mencari minuman ringan.

Sedang asyik memandang kerenah orang ramai terus dia disapa oleh mak cik Melda. Botol mineral bertukar tangan. Penutup botol itu dibuka dengan rakusnya. Sememangnya dia sangat dahaga dengan matahari sudah tegak diatas kepala. Sememangnya cuaca amat panas. Tidak jauh beza dengan Indonesia.

“Mai tunggu sini, mak cik ambil kereta ya. Jauh pulak Mai jalan sana. Tunggu ya.” Maira hanya menganggukkan kepalanya. Kakinya sudah melecet gara-gara high heel yang dipakainya. Mungkin dia perlu membeli selipar sahaja untuk berjalan di sekitar Kuala Lumpur. Kasihan pula dengan mak cik Melda yang terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan keretanya. Nampaknya dia perlu mengambil lesen memandu di Malaysia.

Sambil menunggu mak cik Melda datang dia mendekati tasik buatan manusia itu. Sedang berjalan ke tepi tasik itu terpandang sepasang kekasih yang sedang asyik berborak. Tiba-tiba si lelaki memandang kearahnya dan sempat juga mengenyitkan matanya. Pantas Maira mengalihkan pandangannya risau akan buah hati lelaki itu bakal membaling kasutnya kearah Maira. Anak muda sekarang makin cepat belajar berkasih mengalahkan orang yang sudah meningkat usia. Usahkan nak berkasih, kekasihpun tiada lagi. Setakat cinta monyet zaman persekolahan dulu tiada makna bagi Maira. Semua itu bukanlah cinta tetapi perasaan ingin didekati sahaja. Seolah-olah siapa yang mempunyai buah hati awal menunjukkan dia ‘laris’ or another words ‘laku’.

Kelibat kereta Persona milik mak cik Melda masih tidak kelihatan. Kakinya bagaikan tidak mhu bergerak lagi. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mengambil beberapa gambar buat kenangan. Tiba-tiba dibalik kamera telefon bimbitnya dia tersentak akan satu wajah yang tidak dilupai. Kelihatan asyik berdampingan dengan seorang gadis bertudung ayu. Mereka berjalan berduaan di situ. Biarpun hanya berjalan tanpa berpegangan tangan tapi Maira dapat rasakan yang mereka ada perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Fazril Najmi. Hero pujaan hati sudah ada buah hati rupanya. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus sahaja nombor si hero itu dibuang dari senarai. Rancak sungguh perbualan mereka.

“Kat sini rupanya Maira. Mak cik ingat nak singgah restoran Saloma kat sana. Kita lunch di sana ya. Kasihan Maia jauh-jauh datang makan nasi goreng sahaja. Tak apa, lunch ni kita makan istimewa sikit. Biar Maira kenyang sampai ke malam.” Kata Melda sambil memimpin Maira yang seakan tidak boleh berjalan lagi.

Maira yang diserbu kekecewaan penangan si hero sedikit sunyi dari perbualan. Namun dia cuba melontarkan perasaan terujanya dengan hidangan istimewa yang dikatakan oleh mak cik Melda. Pasti mak cik Melda perasan akan perubahannya itu. Namun dia hanya mampu tersenyum hampa. Hampa kerana kelopak yang ingin kembang, gugur sebelum sempat mempamerkan kecantikannya. Ibarat cintanya yang mula mengembang tiba-tiba layu tatkala melihat sketsa didepan matanya itu.

“Maira suka sangat tom yam ni mak cik. Sedap sangat. Rasa nak hirup sampai licin.” Ucap Maira sambil menghidup kuah tom yam yang agak pedas itu. Kali pertama dia merasai masakan itu. Dia mula jatuh cinta dengan resepi istimewa itu. Sememangnya membuka selera. Mak cik Melda menolak mangkuk tom yam itu dekat dengan pinggan Maira. Maira hanya tersenyum suka. Orang melayu kata rezeki datang jangan ditolak. Laju sahaja tangannya menghirup kuah itu.

Apabila merasai hidangan istimewa dari Restoran Saloma itu, terus terlupa akan peristiwa di tasik itu. Apalah mahu dikesalkan pada seorang jejaka yang bukan untuk kita. Fazril sememangnya layak memiliki insan yang jauh lebih baik dari dirinya. Dia hanya wanita biasa yang cetek dalam isu keagamaan. Ibu selalu berkata rambut adalah mahkota perempuan, dan wajib bagi kita wanita Islam menjaga mahkota itu. Dan seelok-eloknya ditutup. Mungkin kerana dia tidak cukup mengelami ilmu agama. Dia sendiri tidak boleh menyalahkan ibu bapanya tentang agama. Mereka telah memberikan tunjuk ajar yang sempurna. Mungkin dirinya sahaja yang masih belum menerima sepenuhnya pegangannya sebagai Islam.

Teruja dia apabila melihat mak cik Melda menggayakan pelbagai jenis tudung. Yang pasti berbeza dengan teman seagamanya yang bertudung di Indonesia. Dia merasakan cara ibu bertudung lebih kepada Indonesia. Melihat gaya mak cik Melda memakai tudung dia mula tertarik. Kelihatan lebih cantik dan ayu. Mak cik Melda kelihatan muda dari usianya.

Terasa hatinya ingin sekali menjadi seperti wanita Islam yang lain. Menjaga mahkota sebaiknya. Tapi mengapa dia terasa malu untuk mengakuinya. Ingin sahaja dia menanyakan kepada mak cik Melda mengenai semua itu. Mungkin dia hanya menganggap solat lima waktu sudah cukup membuktikan dirinya beragama Islam. Namun terasa tidak lengkap baginya jika auratnya masih tidak sempurna ditutup. Mungkin dia perlu memperbaiki dirinya dahulu. Ditambah pula bapa saudaranya seorang yang terlalu sensitif tentang penampilan perempuan. Itulah yang didengar dari mulut mak cik Melda.

Diam-diam Maira telah mencapai sehelai selendang milik mak cik Melda lalu disemat ke kepalanya. Berbelit-belit tangannya memakai selendang itu lalu dia mendapat idea untuk mencari tutorial memakai selendang yang betul. Inilah yang dikatakan jahil. Mahu pakai tudung juga tidak diketahui.

“Mak cik Melda boleh borrow luppy ni sekejap. Maira ada something mahu dicari.” Pinta Maira kepada mak cik Melda yang asyik menonton sinetron Indonesia di TV3. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tidak mahu terlepas detik-detik cemas drama itu. Maira hanya menggelengkan kepalanya. Pantas komputer riba itu di bawa memasuki biliknya.

Oleh kerana malu untuk bertanya dengan mak cik Melda, dia mencari alternatif lain yang lebih mudah untuknya mempelajari cara memakai selendang dengan betul. Melihat beberapa tutorial sudah membuatkan dirinya tersenyum puas. Baginya memakai selendang jauh lebih susah daripada memakai tudung biasa. Biarpun sudah terdapat selendang segera yang boleh tersarung kemas dikepala, namun dia tidak menggemari tudung seperti itu. Kebanyakan teman Indonesianya kelihatan tua dari usia gara-gara tudung segera itu.

Habis sahaja mengenakan selendang itu dia mula bergaya-gaya dihadapan cermin. Bagai terkena panahan kilat apabila satu suara mula menegurnya dari arah belakang. Malu bukan kepalang. Pantas tangannya membuka selendang itu kembali. Namun mak cik Melda menghalang tindakannya. Pantas ligat tangan wanita itu mengemaskan lagi selendang dikepalanya.

“Maira cantik pakai selendang ni. Tapi kalau betul Maira nak berubah biarlah dari yang asas. Maira tak boleh lagi keluar dengan baju yang selalu Maira pakai. Mak cik tahu susah untuk Maira mengubahnya tapi kita boleh cuba. Sehinggalah Maira mampu bergelar wanita muslimah.” Kata-kata mak cik Melda mengingatkan dirinya kepada mama.

“Dulu mama selalu suruh Maira pakai baju kurung buatannya. Tapi Maira selalu membuatkan mama hampa. Maira tidak pernah menghargai pemberian mama. Maira rasa sangat bersalah dengan mama. Maira tidak sempat membuatkan dirinya bangga dengan Maira. Mak cik, Maira rindukan mama.” Ucap Maira sambil airmatanya gugur membanjiri pipinya. Mak cik Melda juga turut menangisi kisah hidupnya. Sesungguhnya dia masih mempunyai masa untuk berubah.

“You can do it my dear. Your mother should be proud of you.” Kata mak cik Melda sambil memeluk erat tubuhnya. Terasa pelukkan dari seorang ibu kepada anaknya.

Kerinduan kepada ibunya makin memuncak. Rasa ingin menjerit memanggil ibunya pulang kepadanya. Namun semua itu adalah mustahil. Dirinya sudah bergelar anak yatim piatu. Hanya kasih seorang bapa saudara kini didambakan. Dia berharap bapa saudaranya bakal menerima dirinya itu.

Malam itu Maira bertemankan mak cik Melda dengan pelbagai cerita. Cerita yang membuatkan dirinya tersedu-sedu menangis. Dia tahu mak cik Melda mahu menyedarkan dirinya itu. Dia hanya mendengar cerita demi cerita yang rancak diceritakan oleh mak cik Melda. Sesekali mak cik Melda menepuk pahanya pelahan supaya dia mengawal esakannya itu.

“Kami selalu bertukar cerita. Hidup mama Maira hanya ada abangnya, I means Your uncle, Tuan Haji. Sehingga dia menyatakan yang dia sudah berkahwin gara-gara tidak mahu dikacau oleh peminatnya di kolej dahulu. Dia kata dia tidak mahu menjalinkan apa-apa hubungan cinta mahupun berkahwin sebelum abangnya berkahwin. Dia mahu abangnya menemui kebahagiaan terlebih dahulu. Buat pengetahuan Maira, mama Maira berkahwin selepas mendengar berita perkahwinan abangnya itu. Lepas perkahwinan Tuan Haji berlangsung mama Maira pun meninggalkan Malaysia. Dan tidak lama lepas itu mak dapat berita perkahwinan mama Maira dengan seorang lelaki Jerman. Itulah ayah Maira.” Tersenyum Maira mendengar kisah hidup mamanya itu.

“Mama Maira selalu bertukar cerita menerusi email dengan mak cik. Mama Maira kata dia jatuh cinta dengan papa Mai sebab papa Mai banyak mengingatkan mama Mai tentang abangnya, Razuan.” Barulah Maira tahu bertapa sayangnya mama kepada bapa saudaranya itu. Namun mama tidak pernah menyatakan semua itu kepadanya.

“Terima kasih mak cik coz cerita semua ini pada Maira. Barulah Maira faham kenapa mama amat menginginkan Maira menemui Pak Long. Mak cik tolong Maira. Maira nak bekerja dengan Pak Long tapi dengan syarat Pak Long tak perlu tahu siapa Maira sebenarnya.” Berkerut dahi mak cik Melda mendengar kata-katanya.

“Maira mahu dia menyayangi Maira sebelum dia tahu yang Maira ni anak saudaranya. Maira mahu dia menerima kehadiran Maira.” Jelas Maira. Pantas mak cik Melda tersenyum dan menariknya dalam pelukkan.

Malam itu dia terlena dengan sebuah mimpi yang indah. Bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan rupanya tidak kelihatan jelas. Namun dirinya terasa amat bahagia di samping lelki itu. Mustahil lelaki itu bapa saudaranya, kelihatan lelaki itu muda dan seperti seseorang yang ingin dia dampingi. Apakah Fazril Najmi? Dia membiarkan dirinya hanyut bersama mimpi indah itu. Adakah mimpi itu akan menjadi kenyataan? Jika benar lelaki itu Fazril, maka dia adalah insan kedua dalam hidup lelaki itu. Pantas mimpi itu dibiarkan berlalu.

Melihat jam di dinding tepat jam 6 pagi, pantas dia mencapai tuala mandiannya dan terus menuruni tangga untuk ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah itu. Sudah 3 hari dia duduk bersantai dirumah itu. Sudah tiba masanya dia menjejakkan kaki ke ladang impian mamanya itu. Ladang itulah yang membuatkan mama menjadi seorang yang berjaya. Kini ladang kepunyaan ibunya itu diserahkan kepada orang kepercayaan di Indonesia untuk diusahakan.

Selesai solat subuh di menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Semestinya nasi lemak masakan sajian utama dipagi hari. Hanya dua resepi yang sempat dia pelajari dari ibunya itu. Nasi lemak dan nasi kerabu. Tidak sampai beberapa minit kemudia mak cik Melda pun muncul dengan berbaju kurung. Terserlah keayuannya. Sememangnya wanita melayu di Malaysia kelihatan ayu apabila memakai baju kurung. Teringat pula dia akan baju kurung buatan mamanya yang ditinggalkan di rumahnya di Indonesia. Ada juga hikmahnya bagasinya di bawa lari oleh pemandu teksi itu. Pakaian yang dibawa semua edisi tidak cukup kain. Semua baju kegemarannya adalah baju larangan mamanya suatu ketika dulu. Setiapa kali dia berpakaian begitu pasti mamanya berleter tidak cukup telinga. Namun teguran itu sedikitpun tidak berkesan dihatinya dulu.

“Kenapa pandang mak cik macam itu. Cantik sangat ker?” Gurauan mak cik Melda disambil gelak tawa darinya. Namun dia akui kecantikan mak cik Melda. Tidak padan dengan usianya yang hampir 46 tahun. Dua kali ganda usia Maira.

“Maira suka tengok mak cik pakai baju kurung cantik. Nampak ayu betul. Teringat pula baju buatan mama dulu. Sayang baju itu tinggal di rumah. Tapi sekurang-kurangnya baju itu selamat dari pemandu teksi itu.” Maira ketawa kecil. Hatinya dihambat sayu. Terlalu banyak perkara yang mengingatkan dirinya terhadap ibunya itu.

Tangan Maira ditarik menuju ke biliknya. Almari bajunya dibuka. Kemudia dia mencari beberapa baju dipadankan terus pada tubuh Maira. Wajah Maira yang lebih cantik jika dipandankan dengan warna yang agak gelap kemerahan. Kulitnya yang putih gebu akan lebih terserlah dengan menggayakan baju kurung berwarna merah hati. Baju itu sudah beralih tangan. Berkerut dahi Maira melihat baju yang berada di tangannya itu.

“Takkan Maira kena pakai baju kurung mak cik. Ni kan baju mak cik, seganlah Maira.” Kata Maira sabil menghulurkan semula baju kurung itu.

“Mak cik bagi ini sebab hari ini Maira ada interview hari ini. Jangan risau penemuduga tu kawan mak cik. Mak cik dah minta dia luluskan permohonan Maira. Maira akan jadi Pengurus Ladang bahagian selatan. Sebab itu ladang kegemaran Tuan Haji. Di situlah Maira akan selalu berjumpa dengan Tuan Haji, Pak Long Maira. So good luck dear.” Jelas mak cik Melda.

Tubuh Maira ditolak lembut untuk menukar pakaiannya. Mak cik Melda pula turun ke dapur untuk menyiapkan masakan Maira yang tergendala tadi. Melihat barang-barang yang tersedia di kabinet dapurnya dia dapat mengagak yang Maira ingin membuat nasi lemak. Sama seperti ibunya. Suka sangat makan makanan yang berkolestrol itu. Dia tersenyum sendiri. Teringat akan temannya yang penggemar nasi lemak, siapa lagi kalau bukan ibu Maira. Kini apa yang dilakukan temannya itu turun ke anaknya. Itulah yang dikatakan mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Biarpun Maira tidak iras dengan Diana, temannya itu namun Maira telah mewarisi segala sifat dan kegemaran ibunya.

Setelah siap menyediakan sarapan pagi Melda mula mengatur langkah ke bilik Maira. Pelik apabila anak gadis itu masih tidak keluar dari biliknya. Pintu bilik itu dikuak perlahan. Matanya tidak berkedip melihat Maira yang sudah lengkap berbaju kurung. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas. Jelas keayuan anak ganis itu.

“Patutlah tak nak keluar dah cantik sangat rupanya. Kenapa? Malu dengan mak cik ker?” Soal Melda sambil berjalan mengelilingi si gadis ayu itu.

Maira hanya mampu tersenyum mendengar pujian mak cik Melda. Terpaku melihat pakaiannya itu. Sememangnya cantik dan menyerlahkan keayuan si pemakai. Tidak sia-sia dia menerima pemberian mak cik Melda itu. Pada masa yang sama sempat juga dia membelek wajahnya di cermin agak lebih kemas. Mak cik Melda pula berlalu menuju ke biliknya. Mungkin dia juga perlu bersiap untuk ke tempat kerjanya. Hati Maira berdebar-debar kerana akan menjejakkan kakinya ke dalam dunia pekerjaan. Biarpun dia selalu membantu ibunya dalam urusan pemasaran namun terasa masih mentah dalam mentadbir sesebuah pekerjaan.

Maira pantas menuruni anak tangga menuju ke meja makan yang sudah siap terhidang. Pantas sahaja tangannya menyenduk nasi lemak itu ke dalam pinggan. Seperti sudah berabad tidak makan. Penuh satu pinggan. Tidak padan dengan badannya yang kurus. Terasa dirinya dilayani oleh mama. Satu demi satu suapan masuk ke mulutnya, sehingga lupa akan tukang masak yang tidak lagi menjamah makanan itu.

“Amboi, sedapnya dia makan tak tunggu mak cik.” Teguran mak cik Melda hampir membuatkan dia tersedak. Mungkin kerana sudah lama tidak menikmati nasi lemak membuatkan dia lupa diri. Makan sehingga lupa orang lain. Maira tersengih sambil pandangannya tepat melihat mak cik Melda yang sudah lengkap bertudung.

“Makan saja. Mak cik gurau je. Lagipun mak cik tahu mesti Maira ni dah lama tak makan nasi lemak macam nikan.” Maira hanya tersenyum mendangar kenyataan mak cik Melda itu. Sememangnya dia amat merindui masakan itu. Melihat Maira yang sedap menjamu selera itu mengingatkan dirinya pada temannya suatu ketika dahulu. Gaya makan juga makanan kegemarannya turun pada anak gadis itu. Melda tersenyum sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan gadis manis itu.

No comments:

Post a Comment