Saturday, November 12, 2011

Dia Untukku - Bab Satu





Biarpun kali pertama dia menjejakkan kakinya ke Malaysia tapi sedikitpun dia tidak berasa janggal dengan suasana di Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan Indonesia. Destinasi utama adalah rumah mak cik Melda. Kawan baik mamanya suatu ketika dahulu. Namun kehadiran tiba terlalu awal dari yang dikhabarkan. Dia mengambil keputusan untuk melihat suasana di sekitar Kuala Lumpur terlebih dahulu. Dia ingin mengenali tempat kediaman mamanya suatu ketika dahulu. Mungkin sudah tiba masanya dia mengabadikan kenangan mamanya itu.
“Tolong hantarkan saya ke Pusat Bandaraya. Tempat rekreasi orang ramai. Yang ada menara tertinggi Malaysia tu.” Pintanya pada pemandu teksi yang bergaya dengan cermin mata hitamnya. Sempat juga dia mengomel sendiri tentang pemandu teksi itu.
“Baiklah. Silakan Cik.” Terus dia meloloskan diri ke dalam teksi yang agak mewah itu. Masuk sahaja di kereta itu dia mula memejamkan matanya seketika. Terasa agak keletihan. Namun di dia segera melemparkan pandangannya ke arah luar kenderaan itu. Suasana di Kuala Lumpur tidak seharusnya dilepaskan. Sejuk matanya memandang beberapa anak muda membantu seorang lelaki buta menyeberangi jalan.
Melihat kelakuan anak-anak muda itu membuatkan dia berasa selamat. Suasana yang agak penuh dengan kenderaan menyebabkan perjalanannya agak terganggu. Tiba-tiba pemandu teksi itu bersuara.
“Saya rasa mungkin cik mahu cepat sampai ke destinasi. Jadi saya terpaksa ikut jalan alternatif lain. Mungkin agak jauh tapi tengok daripada trafik di depan itu, saya rasa lebih cepat kita ikut jalan yang jauh. Cuma jauh sedikit. Macam mana cik?” Pemandu teksi itu menanti jawapannya. Tanpa berfikir banyak dia terus menganggukkan kepalanya. Pemandu teksi itu sempat tersenyum kearahnya. Dia pun membalas senyuman itu.
Tiba-tiba terasa terlalu jauh perjalanan itu, matanya mula memandang arah jalan yang agak lengang oleh kenderaan. Dia mula rasa tidak sedap hati. Tidak sampai beberapa minit teksi yang dinaiki berhenti secara mendadak. Membuatkan dia terhantuk pada kerusi hadapan. Terus wajah pemandu itu dipandang. Pemandu itu mula membuka cermin mata gelapnya lalu berpaling kearahnya. Dengan pandangan kurang menyenangkan membuatkan dia bertindak untuk keluar dari kenderaan itu.
Hari pertama sahaja sudah berhadapan dengan peristiwa ngeri dalam hidupnya. Dia berlari meninggalkan kenderaan itu. Namun kakinya tersadung lalu terjatuh di bahu jalan. Belum sempat pemandu teksi itu menerpa kearahnya sebuah kenderaan telah berhenti betul-betul dihadapannya. Pemandu itu terkial-kial ingin mendapatkan kenderaannya untuk melarikan diri. Dengan sepentas kilat seorang lelaki pantas menangkap pemandu teksi itu. Lelaki itu menarik pemandu teksi itu kearahnya untuk mendapatkan penjelasan dengan kejadian tersebut.
“Dia cuba perkosa saya, encik. Tolong saya encik.” Perlahan-lahan dia bangun dari tempat dia terjatuh. Sakit seluruh tubuhnya. Bagai ditimpa dengan objek yang sangat berat. Airmata yang mengalir dikesat kasar. Geram dia melihat pemandu teksi itu. Mengambil kesempatan keatas kaum yang lemah.
“Awak ok?!” Dia hanya menggelengkan kepalanya. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kesengal badannya mungkin akan hilang sebentar lagi. Melihat keadaannya yang agak tidak terurus seperti tapi membuatkan dia rasa rimas. Sempat juga dia membetulkan pakaiannya. Apabila mula melangkah untuk mendapatkan bagasinya, dia mendapati kakinya terseliuh. Melihat dia hampir terjatuh lelaki itu terus menyambut tubuhnya. Apa lagi, pemandu itupun lari kearah teksinya dan terus meninggalkan mereka. Terlalu pantas semua itu berlaku. Bagasinya juga tidak dapat diselamatkan. Nasib baik beg tangannya sempat dicapai tadi. Kalau tidak dia akan tinggal sehelai sepinggang sahaja.
“Beg saya!!” Keluhnya melihat belakang teksi yang telah hilang dari pandangan matanya. Timbul rasa kesal dilubuk hatinya kerana tidak memaklumkan kepada mak cik Melda tentang kehadirannya. Mahu menangis lagi tetapi malu apabila dia dipandang oleh lelaki yang telah meyelamatkan dirinya itu.
“Saya Fazril Najmi. Awak?” Lelaki itu mula bersuara. Menghilangkan resah didadanya.
“Saya Umaira Balqis. Just call me Maira. Thank coz tolong saya tadi.” Ucap Maira sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan lelaki itu. Lelaki itu hanya menganggukkan kepalanya. Maira menarik tangannya tanda memahami tindakan lelaki itu. Dalam hati dia mula mengagumi lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu. Wajah yang bersih lagi tampan sememangnya menyejukkan pandangan Maira. Dia benar-benar berterima kasih atas pertolongan lelaki itu.
“Mungkin awak perlu simpan terima kasih awak itu. Lepas saya hantar awak ke mana awak nak pergi. Saya rasa mustahil untuk awak nak dapatkan kenderaan awam kat sini. Especially teksi. Mesti dah fobia nak naik teksikan.” Ujar Fazril. Sempat juga dia meneliti wajah wanita itu. Wanita itu bukanlah orang kebanyakan yang selalu singgah di matanya, namun wanita itu seakan foreigner yang petah berbahasa melayu.
“Saya dari Indonesia. Datang sini atas urusan keluarga.” Kata-kata Maira cukup jelas dan tanpa bersoal jawab lagi Fazril terus mempelawa Maira untuk dihantar ke destinasinya.
Lama Maira mendiamkan diri, kemudian dia menjeling kearah Fazril. Terus terukir satu senyuman manis di wajah lelaki itu. Seperti dia dapat mengagak apa yang sedang terlintas di kepala Maira kini.
“Awak jangan risau. Saya tak macam lelaki tadi. Awak boleh percayakan saya. Tapi kalau awak rasa saya ni sama dengan dia tadi. Terpulang. But terus terang saya kata memang susah untuk awak dapatkan kenderaan kat laluan ini. So, saya masih bagi peluang pada awak untuk terima pertolongan saya.” Maira menggaru lembut telinganya. Sudah menjadi tabiat dia, jika dia sedang berfikir.
“Masa berjalan cik Maira. So, awak mahu menerima pertolongan saya?” Soal Fazril sekali lagi. Timbul kasihan pada wanita itu. Tidak sanggup dia meninggalkan wanita itu dalam keadaan yang serba kusut itu. Dia sedar wanita itu dalam dilema untuk menerima pertolongannya itu.
Dengan jalan yang agak tidak stabil perlahan-lahan dia mendekati kereta lelaki itu. Kemudian dia tersenyum kearah Fazril. Fazril yang berada di pintu sebelah pemandu mula membukakan pintu untuk Maira. Dia memberi ruang kepada Maira meloloskan dirinya ke ruangan penumpang, sebelum pintu itu ditutup rapat.
Dalam perjalanan ke Taman Permai lokasi rumah mak cik Melda, sempat juga dia berbual rancak dengan Fazril. Perbagai cerita mereka kongsikan bersama. Kebanyakannya mengenai Malaysia dan Indonesia. Cerita pasal negara masing-masing sehingga diri sendiri tidak sempat bertukar info. Rancak bercerita sehinggalah sampai ke destinasinya itu.
“Terima kasih ya Fazril. Awak dah macam hero saya hari ni. Nice to meet you.” Ucap Maira. Melihat kehadiran Maira, mak cik Melda berlari anak mendapatkannya. Sempat juga dia berkenalan dengan Fazril. Berkali-kali mak cik Melda mengucapkan terima kasih kepada Fazril. Tidak lama itu Fazril pun meminta diri. Sempat juga dia memberikan kad perniagaannya kepada Maira.
Tiba di ruang tamu, perbagai-bagai pertanyaan dilontarkan. Bagai tidak terjawab oleh Maira. Maira hanya tersenyum apabila mengenangkan Fazril telah menceritakan semua kejadian itu kepada mak cik Melda. Terkejut juga mak cik Melda apabila mengetahui dirinya hampir diperkosa. Sememangnya suatu peristiwa yang menakutkan bagi Maira. Nasib baik kehadiran Fazril telah memberikan tanggapan positif Maira ke atas kaum lelaki di muka bumi Malaysia itu.
Kejadian yang menimpa dirinya itu telah menyingkap kembali kenangan pahit yang menyelubungi hidup mamanya selama ini. Hidup mama penuh dengan rasa bersalah. Bersalah kepada abang kandungnya, iaitu bapa saudara Maira.
‘Sudikah Pak Long menerima kemaafan mama.’ Persoalan itulah yang berputar difikiran Maira. Kemaafan itu terlalu berharga baginya. Dia mahu roh mamanya tenang tanpa rasa bersalah lagi. Tuhan telah menjemput mamanya sebelum mamanya sempat menemui orang yang amat dia rindui. Apakah bapa saudaranya juga merindui dan menunggu kehadiran mama? Maira sendiri tidak dapat menjawab persoalan itu.
“Dah berapa lama mak cik kerja dengan Pak Long Razuan?” Soal Maira sebaik sahaja mak cik Melda memasuki biliknya itu. Biarpun hanya rumah teres 2 tingkat, tetapi mak cik Melda pandai mencantikkan rumahnya itu. Secara keseluruhan rumah itu dipenuhi dengan warna purple. Mungkin itu warna kegemaran mak cik Melda. Susunan perabot juga menampakkan rumah itu jauh lebih luas dari bentuk asal.
“Hampir 10 tahun. Tuan Haji dah mula buka perniagaannya sejak arwah mama Mai ada lagi. Masa itu arwah yang banyak menyumbang idea pada Tuan haji. Mak cik ingat lagi, lepas kami habis belajar dari Universiti dulu terus mama Mai bagi cadangan pada Tuan Haji supaya Tuan Haji besarkan lagi ladang anggur yang dah sedia ada itu. Masa itu mak cik Cuma kerani akaun dia jer. Sebab masa itu perniagaan Tuan Haji masih kecil.” Jelas mak cik Melda.
“Jadi masa mama kena fitnah dulu, mak cik Melda adalah?!!” Soal Maira yang inginkan penjelasan mengenai peristiwa hitam mamanya itu.
“Masa itu mak cik dah berkahwin dan tinggal dengan suami mak cik di sini. Mak cik tak tahu langsung pasal kejadian itu. Sampailah mama Mai datang jumpa mak cik dekat sini. Barulah mak cik tahu hal yang sebenar. Mama Mai terlalu sayangkan abang dia tu. Setiap kali dia berhubung dengan mak cik mesti tak tinggal bab Tuan Haji tu. Sayang betul arwah dengan Tuan Haji. Mak cik pun harap Tuan Haji boleh terima kemaafan dari mama Mai tu. So, apa rancangan Mai sekarang?” Jelas mak cik Melda. Maira melepaskan keluhan berat. Terasa sengal badannya masih tidak hilang. Depan mak cik Melda sahaja dia gagahkan diri. Dia tidak mahu menyusahkan mak cik Melda.
“Rancang nak dekati Tuan Haji Razuan la. Mungkin Maira kena cari kena berdiri dibelakangnya sebelum muncul didepannya.” Kata Maira sambil tersenyum.
“Maksud Mai?” Persoalan mak cik Melda hanya dijawab dengan sebuah senyuman penuh makna. Berkerut-kerut dahi mak cik Melda memikirkan kenyataan Maira itu. Maira hanya menggelengkan kepalanya. Biarlah rancangannya itu dirahsiakan dulu. Apa yang penting misi untuk mendekati bapa saudaranya itu berjaya. Hati kering itu akan dilembutkan sehingga terpancar rasa sayang.
“Kenapa dalam rumah ni semua warna purple? Ada something special yang Maira kena tahu?” Soal Maira kepada mak cik Melda. Matanya melilau ke sekeliling bilik itu. Semuanya lengkap. Dengan televisyen bersaiz 40 inci dan beberapa sofa bujang terhias di biliknya itu.
“Ini semua kreativiti bekas suami mak cik. Sekarang dia dah ada kehidupan dia sendiri. Mak cik minta dilepaskan cara baik. Mak cik tak dapat berikan dia zuriat. Jadi, mak cik tak nak sebab mak cik dia terputus keturunan. Tambah pula dia anak tunggal. Mungkin sekarang ni dia dah bahagia dengan anak-anak dan isteri baru dia. Semua ni jadi kenangan buat mak cik dan dia.” Jelas mak Melda. Baik sungguh wanita dihadapannya itu. Kerana terlalu menyayangi lelaki yang bergelar suami dia sanggup berkorban kasih. Adakah dia juga begitu? Maira tersenyum sendiri. Mustahil untuk dia memikirkan sesuatu yang masih jauh dalam hidupnya.
“Mesti Maira penat. Rehatlah. Esok-esok boleh borak dengan mak cik lagi. Jangan lambat bangun pulak esok. Mak cik ingat nak bawa Mai pusing-pusing KL ni sambil shopping baju baru. Yelah semua baju Maira dah kena rembat dengan pemandu teksi. Esok ya.” Sempat juga mak cik Melda menyakat Maira dengan kejadian tadi. Dia berlalu dengan ketawanya masih kedengaran di telinga Maira. Maira hanya mampu menggelengkan kepalanya berkali-kali. Namun bila mengingati bagasinya itu, sememangnya kesal yang teramat sangat. Baju kesayangannya sudah tidak dapat digayakan lagi. Nasib baik baju pemberian daddynya masih tersimpan baik di rumahnya di Indonesia. Mungkin dia akan pulang kesana untuk melepaskan rindu pada daddy dan mamanya. Dan tidak lupa juga adiknya yang masih melanjutkan pengajiannya di Indonesia. Dia perlu memberikan masa pada adiknya itu untuk menerima ketiadaan ibubapa mereka itu.

Uzmaril Bahthiar merupakan satu-satunya adik kandung Maira yang memiliki ketampanan bapanya, thomsan Bazil atau nama Islamnya Abdullah. Melihat adiknya itu seakan dia melihat bapanya sendiri. Semakin rindu dengan bapanya itu. Mungkin itu dapat mengubat rindunya pada bapanya. Aril terlalu rapat dengan bapanya sehinggakan ketika mendengar berita kematian kedua orang tuannya dia pengsan tidak sedarkan diri. Daddy!! Mama!! Itulah yang sering keluar dibibir adiknya sewaktu tidak sedarkan diri. Menitis airmatanya melihat adiknya itu. Sesungguhnya Maira memiliki seorang bapa yang amat penyayang dan prihatin.
Masih segar diingatannya ketika dia menjadi mangsa cinta. Mama langsung tidak mengambil tahu mengenai cintanya itu. Tetapi daddynya sering mendekati dan berkongsi pelbagai kisah cinta yang membuatkan Maira berasa kagum dengan bapanya itu. Mungkin kerana sifat bapanya itu telah mengubati sedih ibunya kepada bapa saudaranya.
‘Don’t you ever let youself down. Making yourself move to someone that never give up to something that you want. Think that you can be the best person among the greatest person. You can do it if you want to do it...What important is, you must believe in yourself.’
Tiba-tiba teringat pula dengan lelaki yang baru sahaja bergelar Hero dihatinya kini. Kad milik lelaki itu dikeluarkan dari purse miliknya.
‘Fazril Najmi B. Mohd Fahmi. Emmm...pengurus operasi. Not bad.’ Sempat juga dia meneliti kad tersebut. Pantas nombor telefon itu disimpan ke dalam telefon bimbitnya. Terukir senyum apabila mengingati senyuman manis lelaki itu. Wajahnya yang bersih itu sukar untuk dilupakan.
Fazril yang terbaring dikatilnya juga terbayang peristiwa ‘drama korea’ menjadi hero kepada wanita yang amat cantik baginya. Memang tak dinafikan Umaira Balqis telah menggoncangkan dirinya sebagai lelaki. Namun iman lebih menguasai diri. Fazril tersenyum. Masih segar diingatannya wajah berkerut wanita itu. Mana tidaknya, setelah hampir diperkosa perlu menerima perlawaan lelaki yang tidak dikenali. Kalau dia sebagai wanita juga pasti berfikir berkali-kali. Setiap eksperesi wajah Umaira telah terakam baik di kotak mindanya. Bagai orang dilamun cinta pandang pertama. Cinta akan rupa dan gayanya. Dalam keadaan kusutnya ada comelnya, dalam keadaan tangisnya terpancar keayuannya. Fazril benar-benar gila bayang. Kesal pula hatinya kerana tidak meminta nombor telefon Maira. Telefon bimbitnya dipandang penuh pengharapan. Namun akhirnya tidur juga dalam kekecewaan.



No comments:

Post a Comment