Suasana rumah itu mulai panas apabila dikerumuni oleh penduduk kampung. Semua seperti terpaku melihat keadaan Masdiana bersama Kamil yang kusut masai. Keadaan mereka telah menimbulkan fitnah dimata orang kampung. Masdiana yang terkedu melihat keadaan dirinya mula berlari mendapatkan abangnyauntuk memberitahu kejadian sebenar. Tatkala tangannya ingin menyentuh tangan abangnya itu, satu suara telah menyentapkan tindakannya itu. Matanya bertaut pada lelaki yang sudah melutut dihadapan abangnya itu. Masdiana seperti orang yang dijatuhkan hukuman tanpa diberi peluang untuk membela diri. Apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang diceritakan oleh Kamil. Lelaki yang telah memasang perangkap keatas dirinya. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu ketika lelaki itu tunduk dihadapan abangnya, Razuan. Razuan terkedu tanpa kata. Semua yang terjadi terlalu pantas bagi dirinya. Adik yang ditatang bagai minyak yang penuh telah menconteng arang kemukanya. Namun dia sendiri tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dia terlalu mengenali siapa adik kandungnya itu. Namun apakah orang kampung akan percaya dengan pendiriannya itu? Adiknya Masdiana tidak bersalah. Namun semua itu tidak didengari oleh orang kampung. Hanya hatinya sahaja dapat berkata-kata ketika itu. Wajah adiknya tidak dipandang. Takut dirinya hilang pertimbangan. Dia makin bingung mendengar kata-kata Kamil. Mustahil baginya jika Kamil mereka cerita. Apakah mereka memang saling menyintai? Bermacam-macam andaian terbit di kepala Razuan.
“Kami terlalu menyintai antara satu sama lain. Kami tak dapat mngawal diri kami tadi, dan akhirnya kami dah terlanjur. Saya akan bertanggungjawab ke atas Diana. Maafkan aku Wan. Aku betul-betul menyayangi adik kau. Setelah apa yang berlaku, aku sanggup dihukum. Aku akan mengahwini adik kau Wan.” Bagai disimbah bara api wajah Masdiana. Bukankah dirinya mahu diperkosa oleh Kamil? Cinta?? Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya mendengar kata-kata itu. Mengapa Kamil semudah itu menyatakan mereka saling menyintai dan sudah terlanjur. Diana menggelengkan kepalanya berkali-kali. Namun semua mata hanya memandang kearah Kamil. Kamil ibarat seorang pelakon utama yang diberi perhatian. Dirinya bagai persalah yang bakal dijatuhkan hukuman mandatori.
“Kau yang cuba memperkosa aku, Mil!! Sampai hati kau buat aku macam ni. Aku takkan terima kau sampai mati. Kau lelaki keparat yang pernah aku jumpa. Kau penipu!!” Mengalir airmata Razuan mendengar kata-kata adiknya itu. Namun entah mengapa pergerakan dan pertutrannya bagai terkunci seketika. Dia tidak dapat berkata apa-apa.
“Along, along jangan percaya dengan kata-kata dia long, Diana tak salah. Adik tak salah long!!” Diana menggoncang tubuh abangnya. Kakinya menyepak-nyepak tubuh lelaki keparat itu. Sakit sungguh hatinya melihat wajah Kamil yang pandai berpura-pura.
“Tok, Kahwinkan mereka malam ni jugak.” Pinta Razuan pada tok imam yang sememangnya menjadi saksi kejadian malam itu.
Kelu lidah untuk berkata-kata. Jika abangnya sudah berbuat keputusan maka mustahil baginya untuk membantah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Pandangan Diana seakan kabur, kepalanya dipegang. Kepayahannya kini tiada siapa yang dapat membantu. Tiada siapa yang memandang kearahnya dengan wajah simpati. Semua seakan jijik dengan dirinya.
‘Menikahi Kamil bagai membenarkan semua fitnah ke atas dirinya. Bagi Diana dia rela menanggung malu dari mengahwini lelaki yang persis binatang. Wajah sahaja kelihatan baik, namun dialah manusia yang bertopenkan syaitan.
Malam itu bersaksikan bulan dan bintang Masdiana tidak akan menjejakkan kakinya ke kampung yang penuh dengan tragedi yang menyakitkan hati. Dia mengambil keputusan untuk lari dari kampung itu. Dengan berbaju kurung yang serba putih itu, Diana berlari meninggalkan majlis pernikahan yang sedikitpun tidak diinginkan.
‘Maafkan Diana Long. Diana tak sanggup mengahwini lelaki itu. Diana harap sangat suatu hari nanti semua kebohongan itu akan terbongkar. Dan waktu itu Diana dapat membersihkan nama dan maruah kita Along. Bukan niat Diana meninggalkan Along dalam keadaan yang memalukan itu. Tapi Diana benar-benar tidak sanggup. Semoga suatu hari nanti Along akan memaafkan Diana.’ Setitis demi setitis airmatanya jatuh membanjiri pipinya. Diana akan menuju kemana sahaja mengikut rentak kakinya itu.
No comments:
Post a Comment